MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMKTAI PN HJH KAMARIAH BT MAMAT

Pada 11 Januari 2018 telah berlangsung Majlis Persaraan pengetua SMK Tengku Ampuan Intan iaitu Pn Hnjh Kamariah bt Mamat. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru SMKTAI yang dipengerusikan oleh En Sajudin bersama-sama dengan warga SMKTAI yang lain. Majlis gemilang ini turut dihadiri oleh PPD Daerah Hulu Terengganu iaitu Tuan Jalaludin b Ismail bersama para jemputan yang lain.

Kami warga SMKTAI sentiasa mendoakan Pn Hjh Kamariah sentiasa dikurniakan rahmat dan kesihatan yang baik disepanjang persaraan ini…. Aamiin…

Gambar disepanjang majlis persaraan

Advertisements

BACAAN YASSIN DAN TAKLIMAT DISIPLIN OLEH PKHEM 2018

Pada 4 Januari 2018 selepas majlis bacaan Yassin di Surau Haji Wan Mansur, satu taklimat ringkas berkaitan dengan disiplin pelajar telah disampaikan oleh En Bakhtiar b Jusoh, PKHEM SMKTAI. Pihak sekolah berharap dengan adanya taklimat seperti ini akan dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawasanya salah satu faktor kecemerlangan adalah disiplin yang mantap.

 

PROGRAM PEMUAFAKATAN PERTUKARAN PELAJAR SMKTAI & SMK BUKIT NENAS

Pada 3 Januari 2018 telah berlangsung Majlis Pemuafakatan Pertukaran Pelajar SMKTAI dengan SMK Bukit Nenas di Dewan SMKTAI. Majlis bermula jam 12.30 tengahari dimana rombongan dari SMK Bukit Nenas telah disambut oleh guru dan pelajar SMKTAI dan seterusnya bergerak ke dewan.

Selepas selesai ucapan perasmian, majlis diteruskan lagi dengan acara menandatangani  perjanjian kerjasama antara SMKTAI dan SMKSBN.

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2017

Pada 6 Julai 2017 kelab keluarga SMKTAI telah menganjurkan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah. Majlis ini dimulakan dengan bacaan Yassin dan solat hajat di Surau Hj Mansur. Pada jam 9.30 para pelajar dan guru berkumpul di tangga pejabat SMKTAI untuk sesi bergambar. Seterusnya para guru dannpelajar menjsmu selera di dewsn Intan dimana pelbagai disediakan.

MAJLIS KHATAM AL QURAN

Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah telah diadakan pada 22 Jun 2017 di Dewan SMKTAI. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman antars guru dan pelajar. Semoga usaha kita bertadarus disepanjang bilan Ramadhan diterima oleh Allah swt. AMIN.

 

Gambar disepanjang majlis khatam al-Quran