LATIHAN MERENTAS DESA RUMAH SUKAN KOKURIKULUM 2018

Pada 9 Januari 2018 unit Ko Kurikulum SMKTAI telah menganjurkan latihan merentas desa sebagai persediaan untuk kejohanan merentas desa peringkat sekolah yang akan berlangsung pada 18 Januari 2018. Sebelum larian bermula, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Cikgu Razali dan diteruskan dengan sesi memanaskan badan. Latihan tamat jam 4.30 petang.

 

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN SMKTAI 2018

Pada 3 Januari 2018 bersamaan hari Selasa telah berlangsung Mesyuarat Agung Rumah Sukan bagi tahun 2018. Mesyuarat ini bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.Pelantikan jawatankuasa  baru rumah sukan kokurikulum telah dibuat dengan harapan segala aktiviti kokurikulum akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sepertimana yang telah dirancang oleh unit KOKurikulum SMKTAI.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU TERENGGANU 2017

Pada 26 Februari hingga 2 Mac 2017 telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang peringkat daerah Hulu Terengganu di SMK Jenagor. Seramai 32 orang atlet SMKTAI telah menyertai kejohanan tersebut. Walaupun kejohanan ini berlangsung dalam keadaan hujan yang lebat, namun atlet SMKTAI tetap meneruskan cabaran demi mendapat pingat dalam kejohanan ini.

Pungutan pingat atlet SMKTAI tahun 2017
EMAS
1. Tun Muhammad Aidil bin Tun Mohd Rusli – Lompat Kijang L18

PERAK
1. Muhammad Nur Iqbal bin Ramli

GANGSA
1. Tun Muhammad Aidil bin Tun Mohd Rusli – Lompat Jauh L18
2. Ahmad Faris Irham bin Ismail – Lompat Tinggi L18
3. Ahmad Arif Azhan bin Razmi – Lompat Tinggi L15
4. Norsyuhada binti Ghazali – 100m Lari Berpagar P18
5. Nur Ameera binti Sauti – 200m Lari Berpagar P15

Tahniah kepada semua atlet yang berjaya mendapat pingat dalam kejohanan ini serta terima kasih diucapkan kepada semua atlet dan guru yang berpenat lelah sepanjang sebelum dan semasa berlangsungnya kejohanan ini.

 

Gambar sepanjang kejohanan

 

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMKTAI KALI KE 30 TAHUN 2017

Pada 21 hingga 23 Februari 2017 telang berlangsung Kejohanan Balapan Dan Padang SMKTAI Kali ke 30. Kejohanan tersebut bukan sahaja merupakan acara tahunan sekolah tetapi juga merupakan saringan pemilihan atlet ke kejohanan olahraga peringkat daerah yang akan berlangsung pada 26 Februari 2017 hingga 2 Mac 2017 yang di SMK Jenagor.

Seramai 246 orang peserta termasuk 27 orang pelajar PPKI telah menyertai kejohanan ini. Olahragawan SMKTAI 2017 telah disandang oleh Muhammad Aidil Fitri bin Mustaffa yang telah mendapat dua pingat emas serta memecahkan rekod dalam acara 100m dan 200m kategori lelaki 15 tahun. Manakala olahragawati pula disandang oleh Norsyuhada binti Ghazali yang telah mememnangi pingat emas dalam acara 800m dan lompat jauh.

Tahniah kepada semua pemenang dan seterusnya kepada guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk memeriahkan kejohanan olahraga SMKTAI kali  ini.

 

KEPUTUSAN KEJOHANAN

Gambar disepanjang kejohanan olahraga SMKTAI 2017