MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMKTAI PN HJH KAMARIAH BT MAMAT

Pada 11 Januari 2018 telah berlangsung Majlis Persaraan pengetua SMK Tengku Ampuan Intan iaitu Pn Hnjh Kamariah bt Mamat. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru SMKTAI yang dipengerusikan oleh En Sajudin bersama-sama dengan warga SMKTAI yang lain. Majlis gemilang ini turut dihadiri oleh PPD Daerah Hulu Terengganu iaitu Tuan Jalaludin b Ismail bersama para jemputan yang lain.

Kami warga SMKTAI sentiasa mendoakan Pn Hjh Kamariah sentiasa dikurniakan rahmat dan kesihatan yang baik disepanjang persaraan ini…. Aamiin…

Gambar disepanjang majlis persaraan

Advertisements

LATIHAN MERENTAS DESA RUMAH SUKAN KOKURIKULUM 2018

Pada 9 Januari 2018 unit Ko Kurikulum SMKTAI telah menganjurkan latihan merentas desa sebagai persediaan untuk kejohanan merentas desa peringkat sekolah yang akan berlangsung pada 18 Januari 2018. Sebelum larian bermula, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Cikgu Razali dan diteruskan dengan sesi memanaskan badan. Latihan tamat jam 4.30 petang.

 

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN SMKTAI 2018

Pada 3 Januari 2018 bersamaan hari Selasa telah berlangsung Mesyuarat Agung Rumah Sukan bagi tahun 2018. Mesyuarat ini bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.Pelantikan jawatankuasa  baru rumah sukan kokurikulum telah dibuat dengan harapan segala aktiviti kokurikulum akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sepertimana yang telah dirancang oleh unit KOKurikulum SMKTAI.

PROGRAM PEMUAFAKATAN PERTUKARAN PELAJAR SMKTAI & SMK BUKIT NENAS

Pada 3 Januari 2018 telah berlangsung Majlis Pemuafakatan Pertukaran Pelajar SMKTAI dengan SMK Bukit Nenas di Dewan SMKTAI. Majlis bermula jam 12.30 tengahari dimana rombongan dari SMK Bukit Nenas telah disambut oleh guru dan pelajar SMKTAI dan seterusnya bergerak ke dewan.

Selepas selesai ucapan perasmian, majlis diteruskan lagi dengan acara menandatangani  perjanjian kerjasama antara SMKTAI dan SMKSBN.