MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMKTAI PN HJH KAMARIAH BT MAMAT

Pada 11 Januari 2018 telah berlangsung Majlis Persaraan pengetua SMK Tengku Ampuan Intan iaitu Pn Hnjh Kamariah bt Mamat. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru SMKTAI yang dipengerusikan oleh En Sajudin bersama-sama dengan warga SMKTAI yang lain. Majlis gemilang ini turut dihadiri oleh PPD Daerah Hulu Terengganu iaitu Tuan Jalaludin b Ismail bersama para jemputan yang lain.

Kami warga SMKTAI sentiasa mendoakan Pn Hjh Kamariah sentiasa dikurniakan rahmat dan kesihatan yang baik disepanjang persaraan ini…. Aamiin…

Gambar disepanjang majlis persaraan

BAHAN PENGETUA

KELAS ELIT

 

1.0       ABSTRAK

 

Dalam usaha mencapai visi dan misi sekolah, murid cemerlang yang dijangka akan mendapatkan semua 1A dalam SPM, dikumpulkan dalam kelas yang dinamakan Kelas Elit. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian Purata Nilai Gred Mata Pelajaran Elektif (PNG-E) yang melebihi piawai 3.50 (Pencapaian maksimun ialah 4.0) Ujian diagnostik Tingkatan 4 pada akhir tahun. Mereka dikumpulkan di dalam Kelas Elit kerana mempunyai pencapaian, cara gaya belajar yang hampir sama, konsep kendiri yang tinggi, motivasi diri yang tinggi dan visi dan misi yang jelas. Seramai enam puluh orang murid ditempatkan di kelas ini dan mereka diajar, dilatih dan dibimbing ke arah kecemerlangan diri dan sekolah. Melalui kelas ini, sasaran sekurang-kuranya dua puluh peratus murid mendapat semua 1A dalam semua mata pelajaran SPM dapat dicapai dan seterusnya kekal sebagai sekolah terbaik di Negeri Johor, sepuluh buah sekolah terbaik dalam kalangan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh dan dua puluh sekolah menengah terbaik di peringkat kebangsaan.

 

 

2.0       PENGENALAN

 

Setiap tahun Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA), menerima kemasukan jumlah murid yang ramai iaitu antara 300 hingga 400 orang murid Tingkatan 4. Kemasukan mereka adalah berdasarkan pencapaian cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) iaitu 8A. Murid-murid ini ditawarkan untuk mengikuti aliran SainsTulen atau Sains Teknikal. Ketika di Tingkatan 4, murid ini akan ditempatkan ke dalam kelas-kelas secara rawak dan mereka dinilai sepanjang tahun berdasarkan pencapaian mereka dalam setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Dalam usaha untuk mencapai lebih dua puluh peratus murid mendapat 1A dalam semua mata pelajaran, mereka yang cemerlang ditempatkan di Kelas Elit ketika di Tingkatan 5. Dengan adanya Kelas Elit ini, SAMURA dapat mengekalkan kedudukan dalam kumpulan sepuluh sekolah terbaik dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh dan dua puluh sekolah menengah terbaik peringkat kebangsaan.

 

 

3.0       RASIONAL

 

Walaupun semua murid ini cemerlang dalam PMR, mereka mempunyai personaliti, sikap dan gaya belajar yang berbeza. Ujian diagnostik Tingkatan 4 pada akhir tahun dijadikan kriteria untuk memilih murid ini ke Kelas Elit ketika di tingkatan 5. Murid yang memenuhi kriteria dalam ujian diagnostik ini ditempatkan dalam kelas yang sama kerana:

 

  1. Mempunyai pencapaian yang hampir sama
  2. Mereka mempunyai cara gaya belajar yang hampir sama

iii.        Konsep kendiri yang tinggi

  1. Motivasi diri yang tinggi
  2. Visi dan misi yang jelas

 

Strategi ini memudahkan guru-guru untuk mengajar dan membimbing mereka ke arah kecemerlangan. Untuk memudahkan sekolah mencapai visi dan misi, murid yang terpilih dilatih menjadi pembimbing rakan sebaya atau fasilitator kepada kumpulan-kumpulan murid lain.

 

 

4.0       OBJEKTIF

 

4.1       Melahirkan murid cemerlang yang sanggup berkongsi ilmu.

 

4.2       Melahirkan murid yang komited dan bertanggungjawab.

 

4.3       Melahirkan murid cemerlang yang mampu menjadi fasilitator kepada rakan sebaya.

 

4.4       Melahirkan murid berdikari.

 

 

5.0       PELAKSANAAN

 

5.1       Murid Tingkatan 4 menduduki Ujian Diagnostik pada akhir tahun untuk mengesan kelemahan dan kekuatan mereka. Keputusan ujian dianalisis dan mereka diagihkan mengikut pencapaian.

 

5.2       Mereka dikelompokkan mengikut Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan juga Purata Nilai Gred Mata Pelajaran Elektif (PNG-E) 60 orang murid yang mendapat PNG-E melebihi piawai iaitu 3.5 dipilih untuk memasuki Kelas Elit.

 

5.3       Mereka diajar, dilatih dan dibimbing untuk menguasai semua kemahiran belajar secara berkesan. Mereka digalakan belajar secara kumpulan, pembelajaran kendiri (self acces learning), membuat rujukan sebanyak mungkin dan berkongsi dengan rakan-rakan lain.

 

5.4       Mereka diajar teknik-teknik menjawab soalan mata pelajaran elektif oleh guru-guru pakar. Mereka ditempatkan di hotel selama 3 hari 2 malam untuk mengikuti seminar teknik menjawab soalan.

 

5.5       Mereka diberi motivasi khusus oleh penceramah-penceramah jemputan untuk memastikan konsep kendiri dan motivasi diri sentiasa berada di tahap yang tinggi.

 

 

6.0       IMPAK

 

Pelaksanaan kelas Elit bermula dari tahun 2001 telah menampakkan hasil apabila keputusan SPM 2003 diumumkan.

 

Berdasarkan analisis keputusan SPM yang dijalankan, didapati murid-murid dari Kelas Elit ini menyumbang sekurang-kurangnya lima puluh peratus calon SPM yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.

 

7.0       PENUTUP

 

Penubuhan Kelas Elit memberi impak yang besar ke atas pencapaian SPM Sekolah Menengah Sains Muar. Impak yang ketara ialah bertambahnya kualiti A dalam mata pelajaran SPM terutamanya mata pelajaran elektif selaras dengan visi dan misi sekolah. Impak yang paling ketara sekali ialah wujudnya sikap bekerjasama dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid. Murid yang tidak termasuk dalam Kelas Elit telah menunjukkan perubahan sikap yang lebih positif untuk menandingi murid Kelas Elit. Hasilnya dalam tahun 2005, murid kelas biasa dapat mengatasi murid Kelas Elit dalam pencapaian semua A dalam semua mata pelajaran.

 

Pembentukan Kelas Elit menjadi satu elemen dalam memotovasi murid untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Murid Kelas Elit berusaha untuk mempertahankan kecemerlangan mereka manakala murid kelas biasa berusaha mempertingkatkan pencapian mereka. Dalam masa yang sama, masing-masing bekerjsama dan berkongsi dalam pembelajaran mereka tanpa mengira dari kelas elit atau bukan demi kejayaan SAMURA.

 

Pembentukan Kelas Elit bukan bermakna perhatian lebih tertumpu kepada mereka. Murid dari kelas lain juga menikmati layanan yang sama dengan Kelas Elit. Mereka juga diajar, dilatih dan dibimbing ke arah kecemerlangan malah mengikuti program-program motivasi dalam bentuk kumpulan-kumpulan kecil agar lebih berkesan. Semuanya sama di SAMURA. Kelas Elit adalah terunggul dalam kalangan terbaik.

 

 

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN SMKTAI 2018

Pada 3 Januari 2018 bersamaan hari Selasa telah berlangsung Mesyuarat Agung Rumah Sukan bagi tahun 2018. Mesyuarat ini bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.Pelantikan jawatankuasa  baru rumah sukan kokurikulum telah dibuat dengan harapan segala aktiviti kokurikulum akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sepertimana yang telah dirancang oleh unit KOKurikulum SMKTAI.